Home Akhbar Cina Penjaja Melayu fasih cakap Kantonis

[VIDEO] Penjaja Melayu fasih cakap Kantonis

KARAK – Seorang penjaja kuih cakoi keturunan Melayu di Karak, Pahang menjadi popular apabila video yang menunjukkan dia fasih bertutur dalam dialek Kantonis tular di media sosial.

Dalam video itu, makcik yang dikenali sebagai Maznah itu kelihatan sedang menyediakan kuih cakoi sambil menjawab pertanyaan pelanggan dalam Kantonis.

Difahamkan, sekeluarga Maznah fasih dalam dialek Cina itu kerana duduk di sebuah kawasan majmuk.

Oriental Daily melaporkan, Maznah pada asalnya belajar Kantonis daripada jiran, kemudian belajar melalui rancangan terbitan TVB dari Hong Kong dan juga melalui YouTube.

Makcik itu bagaimanapun mendapati sesetengah kandungan dalam YouTube menggunakan Kantonis yang kurang tepat.

Apabila ditanya seorang pelanggan sama ada dia mempunyai darah keturunan Cina, Maznah ketawa sambil memberitahu, dia ada sedikit kacukan Cina.

Menurut Maznah, pelanggannya adalah daripada pelbagai kaum tetapi mempunyai lebih banyak orang Melayu. – MalaysiaGazette