Mustapa mempengerusikan Jawatankuasa Menteri Bersala Malaysia-Singapura bagi Iskandar Malaysia (JMCI) dengan Menteri Pembangunan Negara Singapura Desmond Lee di Iskanda Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Malaysia dan Singapura komited mengukuhkan jalinan kerjasama meningkatkan pelaburan dan inovasi dalam memacu pemulihan ekonomi fasa Covid-19 di kedua-dua negara.

Iskandar Malaysia merekodkan pelaburan terkumpul sebanyak 368 bilion dari 2006 hingga Jun tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Singapura kekal sebagai pelabur asing kedua terbesar di Iskandar Malaysia dengan jumlah pelaburan komited sebanyak 25.3 bilion atau sekurang-kurangnya 7.9 bilion dollar Singapura.

Jumlah itu melibatkan pelaburan dalam pelbagai sektor antaranya pembuatan,penjagaan kesihatan, pendidikan, perkhidmatan perniagaan dan pembangunan estet perindustrian.

Menerusi kenyataan medianya, Mustapa berkata, pembukaan sepenuhnya sempadan pada April lalu turut membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi di Iskandar Malaysia dan Johor khususnya.

Menyatakan perkara itu dalam kenyataannya selepas mempengerusikan Jawatankuasa Menteri Bersala Malaysia-Singapura bagi Iskandar Malaysia (JMCI) dengan Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee di Iskandar Puteri hari ini.

Jelas Mustapha, ekonomi negara dijangka akan berada dalam mod pemulihan tahun ini.

Bagaimanapun kedua-dua negara akan bekerjasama rapat bagi meningkatkan data tahan dalam menghadapi ekonomi negara yang lebih mencabar. – MalaysiaGazette