Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Taklimat Khas Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 27 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Taklimat Khas Presiden UMNO mendapat reaksi berbeza ahli UMNO.

Lebih 3,000 ahli partu di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) di sini ada yang mempertikaikan kenapa Ismail Sabri untuk hadir hari ini.

Ada ahli-ahli UMNO jelas mengkritik Ismail Sabri ketika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapannya.

Ada juga yang mahu Ismail Sabri membubarkan segera Parlimen.

Bagaimanapun sesi taklimat khas Ahmad Zahid berakhir dengan beliau percaya Ismail Sabri tidak akan melengah-lengahkan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).

“Kami percaya, kerajaan kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan membiarkan harapan untuk menang pudar sekiranya tarikh PRU dilengahkan,” katanya disambut teriakan ahli-ahli UMNO di Dewan Merdeka. – MalaysiaGazette