MGNews: Pendakwaan Terhadap Zahid Bermotif Politik

Selepas Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Ke-14, 18 pemimpin UMNO telah diheret ke mahkamah atas pelbagai kesalahan manakala 15 pemimpin Pakatan Harapan (PH) digugurkan kes.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata selain itu 81 Ketua Bahagian UMNO juga telah diheret dan diugut kononnya telah menerima dana dari bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.