shahrir abdul samad
Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menghormati keputusan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera mengundur diri daripada mendengar rayuan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Mahkamah Rayuan.

Menurut beliau, Vazeer ketika berada dalam perkhidmatan guaman sebelum menjadi hakim, mempunyai hubungan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam perkara yang dalam pertimbangan Mahkamah Rayuan.

“Rayuan melibatkan Abdul Azeez, Lim Guan Eng dan projek terowong Pulau Pinang.

“Kot mana hubungan itu? Hanya Hakim Vazeer yang tahu kerana bukan pihak terlibat yang mohon beliau mengecualikan dirinya,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Pada masa yang sama, Shahrir membangkitkan persoalan tentang Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali kerana tidak mengambil tindakan serupa dalam kes SRC International Sdn. Bhd.

Mohd. Nazlan dikatakan pernah berkhidmat di sebuah bank yang terlibat dengan cadangan penubuhan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

Sewaktu memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2020, beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan denda RM210 juta setelah didapati bersalah dalam kes SRC International. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Nazlan memalukan institusi kehakiman…sorang lg Tun Maimun…suami dia terang2 anti Najib tp tak tarik diri..alasan profesional tak kan terpengaruh dgn suami…tp kes DS Rosmah terbalik plak…hakim kata Rosmah mempengaruhi suami…lawak

Comments are closed.