KUALA LUMPUR – Prihatin dengan tahap kesihatan Datuk Seri Najib Razak – Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) agar memberikan rawatan segera.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, arahan itu bagi memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat rawatan terbaik daripada KKM.
“Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya telah mengarahkan KKM supaya memberikan rawatan yang terbaik diperlukan beliau. Saya doakan beliau diberikan kesihatan (yang baik),” ciapnya di Twitter malam ini.
Awal hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sendiri tampil mengesahkan keadaan Ahli Parlimen Pekan itu agak tenat dan memerlukan rawatan di Hospital Kajang hari ini juga.
Jelas beliau, tekanan darah Najib sangat tinggi ketika ujian dibuat oleh pembantu perubatan disebabkan perubahan ubat diberikan Hospital Kuala Lumpur.
Keadaan itu menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim bahawa kesihatan Najib tidak dalam keadaan baik dan perlu dihantar ke hospital.
Malah ujian kesihatan pagi tadi mendapati tekanan darahnya amat tinggi akibat ubat-ubat baharu itu.
Sebelum itu, anak Najib, Nooryana Najwa merayu kepada kerajaan dan Perdana Menteri supaya membenarkan bapanya mendapat rawatan sewajarnya.
Yana mendakwa masalah ulser kronik yang dihidapi bapanya kembali menyerang. – MalaysiaGazette
macam kisah anwar diracun dan dlebamkan mata …penjara kajangan..tidak sama dengan NASIB BANDUAN2 LAIN…DOUBLE STANDARD
Sultan Selangor tarik darjah kebesaran Najib, Rosmah
Pengampunan tidak boleh dilaksana sewenang-wenangnya – Sultan Selangor
Woi syaitan…nabi pun ajar kita doakan kesembuhan bagi orang yg sakit…ko ni bangang ker
NABI pun ajar jadi pemimpin yang berakhlak tidak pecah amanah gila kuasa tidak munafik dan kaki rasuah…kau pun bangang juga dan macam iblis