Muhyiddin Yassin

Artikel ini ditulis oleh pembaca MalaysiaGazette, Shen Yee Aun

MEMETIK kenyataan media Muhyiddin Yassin yang berbunyi jika Perdana Menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya kerajaan baharu yang lebih cekap.

Beliau turut menambah kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan keadaan ekonomi pasca pandemik memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat.

Adakah Muhyiddin sedang menampar muka beliau sendiri apabila selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara sendiri membuat dakwaan ekonomi negara kita kini meruncing? Jika begitu lebih baik letak jawatan.

3 fakta ekonomi menyangkal fitnah Muhyiddin

1.0 KDNK
Ketika Muhyidin Yassin menjadi Perdana Menteri dengan dasar PKP yang tidak konsisten yang sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan akhirnya KDNK Malaysia pada tahun 2020 menjunam kepada -5.5% pada 2020. Dalam era Ismail Sabri pula walaupun segala kerosakan ekonomi lampau yang ditadbir oleh Muhyiddin akhirnya berjaya memperkembangkan ekonomi negara kepada KDNK 8.9% dan kadar ini merupakan kadar tertinggi di seluruh ASEAN.

2.0 Pengganguran
Kadar pengganguran meningkat kepada 5.3 peratus (pada Mei 2020) semasa Muhyiddin menjadi PM dan apabila Ismail Sabri ambil alih kurang daripada setahun kini turun kepada 3.8%.

3.0 Nilai mata wang
Sebelum BN hilang kuasa nilai mata wang negara pada kadar 3.86. Namun begitu , selepas Muhyiddin mengambil alih mata wang negara kita susut sampai tahap 4.39 berbanding dollar. Ini merupakan peningkatan sebanyak 0.53 sen !
Mata Wang Malaysia terkini pada kadar 4.55 sen sebenarnya hanyalah peningkatan sebanyak 0.16 sen berbanding zaman pentadbiran Muhyidin. Yang bezanya pada ketika itu nilai mata wang negara dilaporkan oleh media asing merupakan mata wang paling tercorot di ASIA.

Kini walaupun ringgit kita pada kadar RM 4.55 tetapi pada masa yang sama nilai ringgit meningkat berbanding mata wang besar dunia yang lain iaitu Yen Jepun sebanyak 14.2%, Pound Sterling sebanyak 8.2% dan Euro sebanyak 4.5%.

Shen Yee Aun
Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia

Nota Pengarang: Penulisan yang dikongsi oleh penulis tidak menggambarkan pendirian atau pandangan MalaysiaGazette