NEW YORK – Tiga warga Bangladesh yang terlibat dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Afrika Tengah maut selepas kenderaan yang membawa mereka melanggar bahan letupan.

Kejadian itu berlaku ketika mereka sedang melakukan rondaan, lima kilometer dari pangkalan sementara misi di wilayah Ouhadm-Pende, kata Stephane Dujarric, Ketua Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Mangsa keempat dilaporkan alami cedera parah dan sedang dirawat di Bouar.

Letupan berlaku berhampiran Koui, barat laut Bouar di barat laut CAR.

“Setiausaha Agung menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pasukan pengaman dan kepada rakyat dan kerajaan Bangladesh.

“Kami mendoakan agar wakil pengaman yang cedera pulih dengan cepat,” kata Dujarric.

Jabatan Operasi Pengaman PBB melaporkan di laman webnya, setakat 31 Ogos lalu tujuh anggota pengaman Bangladesh yang ditugaskan untuk misi CAR, dikenali sebagai MINUSCA, telah terbunuh sejak Majlis Keselamatan PBB menubuhkan misi itu lapan tahun lalu.

Mandat semasa misi itu dijadualkan tamat bulan depan. – Xinhua