Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini berikutan pengambilan untung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$106.1 bilion pada 30 September 2022, turun berbanding AS$106.3 pada 15 September 2022.

Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

Bank Negara Malaysia berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette