Marlinda Rafikah Mohamad Rozi.

KUALA LUMPUR – Produk kecantikan jenama tempatan iaitu Glassskin by Lyndarafikah menyasarkan jualan produknya sebanyak 35,000 set pada tahun depan.

Pengasas produk, Datin Marlinda Rafikah Mohamad Rozi berkata, keyakinan berdasarkan faktor kualiti produk yang dihasilkan telah memberi testimoni positif dalam kalangan pelanggan sedia ada untuk menarik lebih ramai pelanggan baharu.

Jelas beliau, ia terbukti apabila sebanyak 6,000 set produk untuk peringkat awal jualan telah habis dilanggan dan ini menunjukkan petanda positif perolehan jualan yang disasarkan itu bakal dicapai.

“Kita tidak boleh menafikan produk kecantikan sentiasa ada permintaannya di kalangan masyarakat tidak golongan lelaki atau wanita.

“Apatah lagi sekiranya produk itu bagus, maka orang ramai akan bercakap mengenainya, apa yang pen­ing kita pastikan produk keluaran selamat untuk kulit,” katanya.

Beliau berkata demikian ­ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Glassskin by Lyndarafikah di sini baru-baru ini.

Majlis pelancaran produk Glassskin by Lyndarafikah berlangsung baru-baru ini.

 

Set produk penjagaan kecantikan yang terdiri daripada lima barangan iaitu pencuci muka, pelembap, serum, toner dan pelindung matahari dijual pada harga promosi RM219 satu set.

Namun bermula bulan depan, pelanggan boleh membeli produk berasingan pada harga antara RM49 hingga RM89 seunit.

Marlinda Rafikah menambah, Glassskin by Lyndarafikah telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan selama tiga tahun  dalam memastikan produk berkualiti dihasilkan.

Malah beliau sendiri telah mengamalkannya selama lebih tujuh bulan bagi memastikan kulit wajah sentiasa sihat dan berseri.

“Salah satu faktor saya mengeluarkan produk kecantikan ini adalah kerana penjagaan kulit sangat penting untuk setiap individu selain saya meminati dunia kecantikan kerana memiliki pusat spa sebelum ini.

“Saya juga mahu mendidik masyarakat supaya berhenti menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone dan merkuri,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast