Azlan Man

KUALA LUMPUR – Perlis membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa hari ini selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini berkata, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menerima mengadap beliau bersama Speaker DUN Perlis, Datuk Hamdan Bahari pada pukul 3 petang di Galeri Diraja Arau, semalam.

“Tuanku telah perkenan dan tarikh pembubaran adalah pada hari ini, Jumaat 14 Oktober 2022 ,” katanya pada sidang media hari ini.

Azlan berkata, pembubaran DUN akan membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dengan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, Kerajaan Negeri Perlis telah menyerahkan menyerahkan segala urusan pilihan raya selanjutnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). – MalaysiaGazette