KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Sabak Bernam sebulat suara menyokong Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri untuk PRU15.
”Kami sebulat suara menyokong solidarit kepimpinan presiden bersama Naib Presiden yang merupakan Perdana Menteri. Kami menyokong sebulat suara atas keputusan MKT yang mencalonkan hanya Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri daripada BN selepas PRU15,” kata ketuanya, Abd Rahman Bakri.
Beliau berkata demikian ketika berucap di perasmian mesyuarat bahagian itu hari ini.
UMNO Bahagian Sabak Bernam yang bersidang hari ini turut melancarkan jentera Barisan Nasional (BN).
Abdul Rahman juga berkeyakinan tinggi BN akan mengekalkan kerusi Parlimen kawasan ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti walaupun bergerak solo.
Menurutnya, kekuatan BN di kawasan ini kerana mendapat sokongan rakyat serta jentera parti yang terbaik. – MalaysiaGazette