simpanan KWSP
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Setelah beberapa kali berjaya memperjuangkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara sekali bayar, Datuk Seri Najib Razak menegaskan antara keutamaan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah untuk memulihkan simpanan KWSP rakyat.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, langkah itu perlu dilakukan terutamanya bagi membantu pencarum yang mempunyai baki simpanan yang rendah.

“Najib pernah gariskan dan beberapa kali telah berbahas dalam Dewan Rakyat berkenaan cara ini boleh dilakukan.

“Fokus kepada mempercepatkan kadar pulangan bagi mereka yang mempunyai baki yang rendah juga akan memberi manfaat pada anak-anak muda yang baru mula bekerja dan menyimpan agar simpanan mereka akan mencapai jumlah simpanan yang cukup untuk pengeluaran pertama bagi membeli rumah pertama,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Bagi memulihkan KWSP, Najib pernah mencadangkan agar institusi tersebut dibantu dengan projek seperti Kwasa Land, Batttersea atau meningkatkan pemilikan saham dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau turut menyarankan agar kadar caruman pekerja dan majikan dinaikkan serta struktur dividen diubah supaya pencarum yang mempunyai baki rendah menerima dividen tertinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast