Antara tperanti yang ditawarkan oleh SNS Network

IPOH – SNS Network Technology Berhad, penyedia sistem dan penyelesaian ICT,  menawarkan peranti khas untuk pelajar yang mengikuti pembelajaran di bilik darjah dalam talian dan memerlukan alat untuk pendidikan.

Pengarah Urusan SNS, Ko Yun Hung, berkata, tawaran istimewa ini  sebagai alat sesuai untuk pembelajaran kelas dalam talian atau hibrid susulan kerajaan melancarkan Projek Perintis Bilik Darjah Hibrid.

Katanya,  tawaran istimewa ini memudahkan pelajar untuk mengakses peranti dan meratakan padang permainan untuk situasi pembelajaran maya.

“Peranti ini adalah peranti yang sangat mudah disesuaikan untuk pelajar melayari kursus mereka, mengambil ujian atas skrin atau mengekalkan jadual sambil memastikan pengalaman yang lancar untuk interaksi bilik darjah.

“Pelajar tidak perlu merasakan bahawa interaksi bukan fizikal akan menjadikan pengalaman mereka dengan guru dan rakan-rakan pelajar menjadi kurang.

“Kami juga menawarkan JOI, penyelesaian bilik darjah pintar kami dengan menyediakan pendekatan pembelajaran fleksibel yang ideal untuk pembelajaran hibrid dan menekankan kemahiran kritikal seperti komunikasi, kerjasama, pemikiran kritis dan kreativiti.

“Peranti JOI juga serasi dengan set alatan Microsoft Office yang membuka kunci kuasa kreativiti dan kerjasama yang penting untuk pembelajaran dalam talian,” kata Yun Hong dalam kenyataan hari ini.

Ko Yun Hung.

Mulai September 2022, sebanyak 550 bilik darjah di 110 sekolah di seluruh negara akan mengguna pakai Projek Rintis Bilik Darjah Hibrid sebagai sebahagian daripada inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempercepatkan pendigitalan dan mengguna pakai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sistem pendidikan awam.

KPM juga telah memulakan program tiga fasa bernilai RM1.3 bilion untuk menambah baik dan menggantikan peralatan dan infrastruktur ICT termasuk desktop dan komputer riba, pencetak, projektor dan port pengecasan, menggunakan pendekatan sewa guna, di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Fasa pertama membabitkan RM411.8 juta untuk 3,900 sekolah hampir siap, sementara fasa kedua bagi menggantikan peranti di 3,455 sekolah dengan peruntukan sebanyak RM460.0 juta dijangka siap  awal 2023 manakala fasa ketiga untuk 3,400 sekolah dengan peruntukan RM430.0 juta dijadualkan siap akhir 2023.

Tawaran istimewa itu meliputi peranti HP serendah RM599, dengan penjimatan sebanyak RM400 dan peranti Lenovo serendah RM1,249 dengan penjimatan sebanyak RM200.

Peranti moden yang sesuai untuk kanak-kanak  pergi ke sekolah ini datang dalam pelbagai  bentuk seperti peranti berputar fleksibel nipis dan ringan, lasak & 360º yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core dan menjalankan sistem operasi Windows terkini.

Peranti yang dilengkapi dengan JOI akan dijual pada harga serendah RM599 juga dengan penjimatan sebanyak RM600.

Selain tawaran istimewa, peranti premium juga boleh didapati dengan pilihan iPad, MacBook Air, MacBook Pro dan Microsoft Surface. Model lain yang tersedia termasuk AVITA dan Huawei MatePad. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast