Logo Parti Amanah Nasional .

 

KUALA LUMPUR – Semua calon Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang terdiri daripada 54 Parlimen dan 40 Dewan Undangan Negeri (DUN) diumum dan diisytiharkan sebagai calon-calon yang sah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarah Jentera Operasi Pentadbiran dan Kempen PRU15, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, pada kali ini, kesemua calon Amanah bertanding menggunakan lambang Pakatan Harapan (PH) sebagaimana ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini.

Menurutnya, Amanah akan melalui fasa yang lebih mencabar selepas penamaan calon ini untuk bekerja lebih kuat dan bersistematik dalam usaha menewaskan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional melalui proses demokrasi. – MalaysiaGazette