KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$105.2 bilion pada 31 Oktober 2022 berbanding AS$104.5 bilion pada 14 Oktober 2022.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Pusat itu. – MalaysiaGazette