Wan Rosdy Wan Ismail

LIPIS –  Enam teras yang digariskan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) Pahang yang dikenali Ikhtiar Mahkmur dibuat bersandarkan fakta dan bukti kejayaan pimpinan kerajaan negeri.

Pengerusin BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Ikhtiar Makmur yang diumumkan malam ini bukan dibuat sesuka hati hanya semata-mata mahu meraih undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malah Ikhtiar Makmur  diumumkan sebagai manisfestasi bagi menyakinkan pengundi bagi terus memberi kepercayaan kepada BN untuk terus memimpin dan mentadbir negeri Pahang.

“Sepanjang pentadbiran BN pada sepenggal lalu kami telah buktikan hasil dapat ditingkatkan, hutang dapat dikurangkan dan pelaburan meningkat tinggi.

“Rakyat dijaga rapi, yang muda telah diperkasa, yang tua dikenang jasa, yang sakit diberi ubat yang miskin mendapat tempat. Tiada satu pun golongan tertinggal, semoga Negeri Pahang terus makmur,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika mengumumkan Ikhtiar Makmur secara atas talian di Facebook rasmi miliknya berdurasi 29 minit 42 saat malam ini.

Enam intipati yang digariskan kesejahteraan rakyat, memperkasa institusi agama, anak muda makmur, perkukuh tadbir urus, kemakmuran ekonomi dan kelestarian bekalan air.

“Maka ayuh semua pengundi pada 19 November ini, marilah semua keluar mengundi. Pilihlah BN demi kestabilan dan kemakmuran kita semua.

“Tada janji, lihat bukti. Maju terus Pahang. Negeri stabil, rakyat sejahtera,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

BN Pahang tetapkan enam inisiatif Ikhtiar Makmur