Rosli ulangi cabaran debat yang belum bersahut oleh pencabarnya, Tengku Adnan dan Dr. Radzi .

KUALA LUMPUR – Calon Pejuang Parlimen Putrajaya, Datuk Rosli Ramli mengulangi cabarannya berdebat dengan Tengku Adnan Tengku Mansir dari Barisan Nasional (BN) dan Datuk Dr. Radzi Jidin dari Perikatan Nasional (PN).

Katanya, beliau telah menghantar surat rasmi kepada dua calon berkenaan untuk berdebat.

“Saya sedang tunggu jawapan mereka,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Rosli dari Parti Berjasa sebelum ini mengajak Tengku Adnan selaku penyandang kerusi Putrajaya dan Dr. Radzi yang dicalon PN di Parlimen itu menyertai sesi debat tiga penjuru.

Katanya, beliau berbesar hati jika ada mana-mana pihak atau media dapat menganjurkan debat itu di platform masing-masing.

“Debat ini khusus untuk membincangkan idea dan hala tuju masing-masing di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

“Kalau boleh dilaksanakan di tempat terbuka lagi bagus kerana ini boleh mencambahkan pemikiran masyarakat kita di Putrajaya,” katanya.

Menurut Rosli, tujuannya mengajak debat bukan untuk bergaduh atau mencari salah sesiapa, tapi untuk mencerdikkan rakyat.

“Kita berlawan dengan idea, macam mana? Say yes or no,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast