Suspek wanita yang dipercayai melakukan serangan bom di Istabul, baru-baru ini, Foto Twitter

ISTANBUL – Turkiye menahan 50 suspek berhubung serangan bom maut di tengah Istanbul awal minggu ini, kata Menteri Kehakiman, Bekir Bozdag.

Mereka yang ditahan termasuk seorang wanita Syria yang ditangkap sejurus selepas kejadian kerana disyaki meletakkan bom yang meletup di Jalan Istiklal, yang menjadi tumpuan ramai.

Mereka yang ditahan termasuk individu yang terlibat dalam tragedi itu.

Polis Turki berkata, wanita Syria itu mengaku telah menerima arahan serangan daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan dan cabangnya di Syria, Unit Perlindungan Rakyat (YPG).

Kedua-duanya disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Türkiye.

Letupan pada petang Ahad melanda jalan yang sesak, menyebabkan enam maut dan 81 cedera.

Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca 58 orang yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital, manakala 17 masih menerima rawatan dan enam dalam unit rawatan rapi. – Agensi