Nik Omar Nik Abdul Aziz
Nik Omar Nik Abdul Aziz

SEPANG – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pasir Salak, Nik Omar Nik Aziz mempersoalkan sebilangan pemimpin lawan yang tidak duduk senang dengan kerjasama pihak pembangkang dengan DAP.

Menurut beliau, apa bezanya DAP dengan MCA yang menjadi parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

“Apa beza DAP dengan MCA, MIC, kalah DAP menang MCA, sama sahaja, apa bezanya (dalam PRU15),” katanya dalam ceramah mega Ayuh Malaysia Kita Boleh di Padang Bolasepak Desa Pinggiran Putra, malam tadi.

Jelas anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat itu, beliau menyokong PH kerana DAP secara jelas akur akan Perlembagaan Persekutuan negara ini.

“DAP hormat Institusi Diraja, agama Islam sebagai agama persetujuan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Omar berkata PRU15 kali ini bukan merupakan platform untuk memilih agama tapi lebih kepada medan untuk memilih pemimpin.

Beliau berkata, pilihan raya yang sedang berlangsung sekarang adalah cara mencari pemimpin untuk menguruskan negara.

“PRU bukan soal pilih agama tapi pilih pemimpin yang punya integriti. Pimpinan yang amanah dan berjiwa rakyat.

“Kita tak perlu kufurkan sesama Islam,” katanya. – MalausiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.