Annuar Musa

 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) ada pilihan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) sebaliknya menyerahkan urusan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) kepada gabungan tersebut.

Ini kerana, pada sekarang, BN perlu mendahulukan proses pengukuhan semula parti dan memain peranan sebagai pembangkang berwibawa, membela rakyat .

Tan Sri Annuar Musa berkata, yang penting kesemua 30 ahli parlimen BN perlu bersama dalam setiap keputusan dan elakkan perpecahan di saat luka masih parah

Dalam situasi ini UMNO/BN sebagai gabungan menguasai hanya 30 kerusi perlu membuat pendirian secara bermaruah,berprinsip dan strategik.

Dalam hantaran di Facebook, Annuar berkata, apabila Istana Negara mahukan setiap ahli Parlimen secara individu membuat deklarasi bersumpah sebelum 2 petang ini bermakna petanda awal negara bakal berdepan dengan politik tidak menentu dan tidak stabil.

Sudah tentu PH yang memiliki 79 kerusi berusaha mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala PN dengan 77 kerusi mahukan Tan Sri Muhyiddin Yaasin (77) dijadikan Perdana Menteri berusaha memujuk parti-parti lain menyokong mereka.

”Sebenarnya BN mempunyai pilihan ketiga yang lebih bermaruah,yaitu menerima isyarat rakyat bahawa BN perlu terlebih dahulu berubah.

“BN perlu “reset” dan “reinvent” dengan melakukan pembersihan dan penyusunan dalaman.Penolakan rakyat bukan kerana prestasi atau dasar yang di tolak,tetapi kerana penolakan rakyat terhadap individu yang di lihat cuba menguasai parti bagi tujuan peribadi,” ujarnya.

Annur mendakwa, BN ditolak kerana gagal membuktikan keazaman menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa, dan percubaan mengekalkan dan melindungi pemimpin yang dilihat tidak berintegriti.

Ia ditambah dengan persepsi buruk tentang solidariti dalam parti apabila pucuk pimpinan sewenang-wenang menyingkir sesama sendiri.

Oleh itu, katanya, walaupun UMNO sudah jatuh tetapi tidak perlulah melutut dan menyembah.

”Himpun semula kekuatan,dan bangkit dengan bermaruah,” nasihat bekas Ahli Parlimen Ketereh itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast