Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Di sebalik percaturan pembentukan kerajaan yang baharu, Pas masih lagi meratib mengenai penyatuan ummah dibawah Muafakata Nasional.

Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, parti itu masih konsisten dengan idea penyatuan ummah berkenaan.

“Kita masih bertegas dengan prinsip penyatuan ummah dan akan tetap berusaha untuk menyatukan semua pihak Melayu-Islam atas nama perpaduan ummah.

“Setelah PRU-15 melabuhkan tirai, Pas akan terus konsisten dengan agenda ini dan bersama dengan mereka yang inginkan sebuah pentadbiran yang bersih dan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengimbau kembali saat-saat bersama UMNO, Tuan Ibrahim berkata, gabungan tersebut telah berjaya menamatkan kesengsaraan rakyat di bawah pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan.

“Kemudian, konflik-konflik yang berlaku dek kepentingan peribadi pihak tertentu telah memaksa Pas untuk memilih rakan politik,” jelas Tuan Ibrahim lagi.

Bagaimanapun, Pas bertindak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan membentuk Perikatan Nasional (PN) dan menyertai Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Gabungan itu berjaya meraih 73 kerusi Parlimen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast