Hamzah (tengah) mengadakan sidang media selepas bertemu pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Senangan, Pulau Pinang hari ini.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mendakwan gabungan itu  memperoleh satu lagi surat akuan bersumpah daripada ahli Parlimen, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Surat akuan bersumpah itu telah dihantar ke Istana Negara pagi ini.

“PN telah menerima satu lagi Surat Akuan Berkanun daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata,  pihaknya telah mengumpulkan akuan bersumpah daripada lebih 112 Ahli Dewan Rakyat sebagai sokongan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Jumlah surat akuan yang dihantar melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette