KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) disifatkan lebih budiman atau gentleman berbanding Perikatan Nasional (PN) berhubung kerjasama membentuk Kerajaan Persekutuan.
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, PH lebih beradab kerana mahu membuat pertemuan rasmi dengan kepimpinan BN untuk mengadakan perbincangan.
Sebaliknya, PN pula cuba untuk mencuri 10 ahli Parlimen BN untuk menyokong pengerusi parti itu Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.
“Kepimpinan PH lebih gentleman dan beradab dengan membuat pertemuan secara rasmi dengan tujuh orang kepimpinan BN bagi menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan kepimpinan BN.
“Sebaliknya, PN masih dengan perangai lama cuba buat dealing secara senyap-senyap dan mencuri 10 orang ahli-ahli Parlimen untuk tandatangan akuan berkanun (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai PM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Asyraf Wajdi yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjelaskan, pertemuan ahli Parlimen BN dengan PN akhirnya dibuat di Hotel St. Regis hari ini.
Menurut beliau, pertemuan tersebut sepatutnya berlangsung pada dua hari lalu.
Ia selaras dengan pendirian Dewan Tertinggi BN untuk bersikap terbuka bagi bertemu dan berunding dengan kedua-dua parti bagi berbincang mengenai Kerajaan Perpaduan.
Pertemuan dengan PH berlangsung kelmarin manakala perbincangan dengan PN ditangguhkan kerana parti itu bertindak demikian.
“Kononnya, PN sudah cukup numbers, bilangan ahli-ahli Parlimen yang menyokong perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai PM.
“Hinggalah apabila 10 SD yang ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen BN ditarik balik atas arahan Dewan Tertinggi BN barulah mereka menyatakan kesediaan untuk bertemu pada hari ini pukul 3.30 petang.
“Itu pun selepas mereka dititah mengadap Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan dimaklumkan secara rasmi bahawa Tan Sri sudah tidak cukup bilangan SD yang menyokong,” jelas Asyraf Wajdi.
Sementara itu, beliau berkata, Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan memperhalusi kedua-dua tawaran PH dan PN malam ini.
Ia sekaligus akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar BN menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan.
“Cuma persoalannya kenapakah PN begitu bongkak dan sombong untuk menolak titah Nasihat Tuanku Agong agar dibentuk Kerajaan Perpaduan ya?” tanya Asyraf Wajdi. – MalaysiaGazette
Bodoh punya pendapat.. curi tang mana… mana Muhyidin dapat SD tu kalau bukan MP BN yg bagi…. PH lagi haprak… 30 orang sekaligus dia curi..haaa yg tu baru betul curi
Muhyidin tolak cadangan bukan bermakna bongkak.. dia jaga prinsip taknak bersatu dgn DAP…
yang boss wajidi ni menipu Agong dia tak nampak pulak…. lagi teruk woiii
PN ITU MENANG SIAL DAN PENCURI .. BELAKANG CURI CURI AMBIL SD TANPA PENGETAHUAN PRESIDENT BN.
SYAITAN BETUL ITU . ORANG BEGINI TAK BOLEH DI ANGKAT SEBAGAI PM.