Muhyiddin Bersatu Sabah
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – “Cabar dia. Suruh dia senaraikan 115 ahli Parlimen yang memberi SD (surat akuan berkanun) kepada dia”.

Itu cabaran pentadbir Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun tidak menyebut nama namun ia jelas ditujukan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, kenyataan Muhyiddin seakan-akan mahu melawan istana dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Muhyiddin sebelum itu dalam sidang medianya hari ini mendakwa mempunyai 115 SD yang menyokongnya menjadi Perdana Menteri.

Dalam senarai itu termasuklah 10 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan 23 orang ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Parlimen Pagoh itu juga mahu Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menunjukkan bukti yang mereka mempunyai sokongan yang sama.

Menurut pentadbir FB Najib, sebelum UMNO dan BN sempat bermesyuarat sekali pun, geng broker mereka (PN) sudah mula membeli SD dari sebilangan kecil ahli-ahli Parlimen BN.

“Dia turut menipu GPS bahawa BN telah bersetuju untuk bersama dalam kerajaan PN padahal UMNO dan BN belum pernah bermesyuarat sesama sendiri sekali pun dan tidak pernah berjumpa dengan PN atau GPS pun.

“Dia juga tidak faham bahawa game SD ini tidak lagi terpakai setelah Akta Lompat berkuasa,” katanya lagi.

Menurutnya, ahli-ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan kehilangan kerusi Parlimen mereka yang mereka menang atas tiket BN.

“Sebab itu, 10 orang ahli Parlimen BN yang sebelum ini berjaya dibeli oleh PN sempat memberitahu sstana bahawa mereka tarik balik SD mereka.

“Perangai pengkhianat, permainan scheme of things untuk sogok dan kerakusan kuasa dia ini yang mengakibatkan dia tidak dilantik PM hari ini.

“Nak salahkan siapa lagi pula?Sekiranya sebelum jadi kerajaan bersama pun, dia sudah khianat dan mula pecah-belahkan BN, apakah nasib UMNO dan BN selepas lima tahun lagi?” soalnya.

Menurut FB yang sama, penyatuan ummah tidak bermula dengan pengkhianatan.

“Sebab itu, keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO semalam ialah kita bersetuju tubuh kerajaan perpaduan seperti dititahkan Yang Di-pertuan Agong dengan syarat UMNO tak akan bersama PN,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Padan muka kau midin sapa.suh kau derhaka dgn Tuanku YDPA..kau ingat besar sgt ke kuasa yg kau ada smpai sanggup tolak saranan YDPA agar bergabung dgn ph tubuhkan kerajaan perpaduan..bila BN dh setuju baru kau terhegeh² nk bergabung…lambat nasi dh jadi bubur xda masa Tuanku nk layan perangai ego kau tu
    “TRIBE HAS SPOKEN”

  2. UMNO boleh jaaa bekerjasama dgn PAS tapi bukan dengan Muhyidin…UMNO pernah sokong Muhyidin sebelum ni sbg PM tp beliau khianat dan nak hancurkan UMNO..tak kan UMNO nak kena khianat kali kedua? PKR dan DAP pun tak curi ahli parlimen UMNO…semua kerusi Bersatu yg menang tu ialah kerusi UMNO….kalau UMNO join PN, PRU ke 16 UMNO nak bertanding kat mana?

Comments are closed.