Premis pusat penjagaan di Kemerovo yang hangus terbakar. foto: Twitter

VLADIVOSTOK, Rusia- Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan enam lagi cedera dalam kebakaran di sebuah rumah jagaan swasta di bandar Kemerovo di wilayah Siberia Barat Rusia, lapor TASS.

Dua orang yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Kebakaran itu berpunca daripada operasi yang tidak betul di bahagian dapur yang digunakan untuk tujuan pemanasan, katanya, memetik agensi penguatkuasaan undang-undang.

Kejadian itu berlaku pada malam Jumaat, melibatkan sebuah bangunan kayu dua tingkat yang menempatkan sebuah rumah jagaan kejururawatan persendirian.

Pihak berkuasa berkata, pusat penjagaan in beroperasi secara haram.

Punca kebakaran masih disiasat. – Agensi