Pemain Malaysia bersalaman dengan pemain Laos sejurus tamat perlawanan dengan jaringan 4-0 pada perlawanan kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 24 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Kesilapan yang sepetutnya boleh dielak pemain pada separuh masa kedua menghukum Laos yang dibelasah Malaysia 0-5 pada perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ketua Jurulatihnya, Michael Weiss berkata, turun tanpa beberapa pemain utama, laos mempamerkan aksi yang baik pada separuh masa pertama.

“Kami mencabar Malaysia di depan 29,900 penyokong mereka yang membanjiri stadium.

“Bayangkan skuad tuan rumah bergelut untuk mendapat rentak dan membolosi gawang gol kami pada awal separuh masa pertama namun di separuh masa kedua banyak kesilapan yang tidak sepatutnya telah berlaku sekaligus menghukum kami dengan lima gol malam tadi,” katanya pada  sidang media selepas perlawanan tersebut.

Gol Harimau Malaya dijaringkan Ezequiel Aguero pada minit ke-29, Faisal Halim (minit ke-65 dan 68), Mohamad Haqimi Azim Rosli (minit ke-77) dan Stuart Wilkin (minit ke-87).

Bagaimanapun Weiss memuji semangat juang yang telah ditunjukkan anak buahnya di atas padang sepanjang perlawanan tersebut.

Katanyam bukan mudah untuk berdepan tuan rumah di hadapan penyokong setia mereka.

“Walaupun kalah kedua-dua perlawanan dengan membolos 11 gol setakat ini, kami perlu ketepikan dan memperbaiki segera kesilapan untuk menghadapi perlawanan akan datang.

“Saya faham 11 gol dalam dua perlawanan (Vietnam 6 gol, Malaysia 5 gol) sesuatu yang perlu diambil serius dan perlu dielak dalam perlawanan selepas ini,” katanya.

Beliau mengakui pemain, Billy Ketkeophomphone gagal beraksi dengan baik malam tadi disebabkan kecederaan serius dan dia tidak akan bersama skuad Laos sepanjang kejohanan itu terpaksa menurunkan pemain muda.

Katanya, ia memberi pengalaman bermakna untuk mereka bagi memperbaiki permainan untuk menjadi matang. – MalaysiaGazette