Foto: FB Ofentse

JOHANNESBURG – Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan beberapa lagi cedera apabila sebuah lori tangki yang membawa meletup berhampiran sebuah hospital di timur Johannesburg semalam, kata para pegawai.

Lori tersebut meletup selepas ia terkena bahagian bawah sebuah jambatan, kata jurucakap Perbadanan Pengurusan Trafik Jalan Raya, Simon Zwane kepada rangkaian televisyen, NewZroom Afrika.

“Ia merupakan letupan yang kuat yang mana gegarannya boleh dirasai sejauh lima kilometer,” kata Zwane.

Beliau berkata, ramai yang maut setelah mereka meluru ke tempat kejadian apabila letupan kedua berlaku beberapa minit selepas itu.

Tambahnya, beberapa rumah di Boksburg yang terletak berdekatan tempat kejadian turut terkesan.

Ahli Majlis Perbandaran, Simon Lapping memberitahu media tempatan bahawa beliau tidak pernah melihat insiden yang tragik seperti letupan lori tangki itu.

“Perlu ada siasatan terperinci bagaimana sebuah lori yang membawa minyak boleh melalui jambatan yang rendah,” katanya seperti dipetik media tempatan, EWN. – Agensi