Promosi filem Thunivu, seramai 150 pelajar dari SJKT Bentong terima sumbangan daripada Malik Streams Corporation.

KUALA LUMPUR – Syarikat produksi dan pengedar filem, Malik Streams Corporation dan Persatuan Peminat Ajith Malaysia mempromosikan filem Thunivu lakonan Ajith Kumar.

Pemilik Malik Streams, Datuk Abdul Malik Dasthigeer merupakan pengedar rasmi filem Thunivu yang bakal ditayangkan di pawagam pada sambutan Ponggal, 14 Januari ini.

Sebanyak 50 buah kereta dengan pelekat poster filem Thunivu berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bentong, Pahang bagi menyampaikan sumbangan sesi persekolahan semalam.

Filem Thunivu diarahka, H Vinoth dan diterbitkan oleh Boney Kaapor.

Abdul Malik berkata, syarikatnya telah melaksanakan pelbagai program kebajikan lebih daripada 10 tahun.

CEO Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer

“Kita telah menyalurkan bantuan berupa pakaian sukan, peralatan sekolah dan juga beberapa buah komputer riba serta sumbangan wang tunai bernilai RM5,000. Seramai 150 pelajar sekolah ini telah terima manfaatnya.

“Seperti biasa Malik Streams akan melaksanakan program ‘Baik To School’ secara besar-besaran seluruh negara ketika menjelangnya musim sekolah bagi ringankan beban ibu bapa serta guru,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Ajith Malaysia, Devandran Panersilbam berkata, konvoi tersebut telah lama dirancang yang mana ia mendapat sokongan daripada Malik Streams dan juga Antera Motor Sports. – MalaysiaGazette