TOKYO – Lelaki yang menyerang Shinzo Abe didakwa membunuh bekas Perdana Menteri itu.
Akhbar Yomiuri Shimbun melaporkan, Pejabat Pendakwa Raya Daerah Nara mendakwa penyerang, Tetsuya Yamagami, 42, atas tuduhan membunuh.
Dia juga didakwa kerana melanggar undang-undang kawalan senjata Jepun, kata laporan itu.
Tuduhan rasmi dibuat selepas Yamagami menjalani pemeriksaan lanjutan psikiatri selama enam bulan untuk menentukan sama ada dia sihat dari segi mental untuk bertanggungjawab secara jenayah atas tindakannya.
Yamagami ditangkap di tempat kejadian pada 8 Julai tahun lepas selepas didakwa menembak Abe dua kali dari jarak dekat dengan pistol buatan tangan ketika Abe, 67, sedang menyampaikan ucapan di wilayah barat Nara, dua hari menjelang pilihan raya dewan atasan. .
Lelaki itu merupakan bekas pekerja Pasukan Bela Diri Maritim, didakwa menyimpan dendam terhadap Gereja Penyatuan yang kontroversi kerana merosakkan keluarganya dari segi kewangan dengan meminta sejumlah besar wang derma daripada ibunya.
Ini berjumlah sekitar 100 juta yen (AS$774,000).
Lelaki tersebut dilaporkan percaya Abe mempunyai kaitan dan telah mempromosikan organisasi yang meragukan itu lalu mendorongnya menyerang bekas Perdana Menteri itu. Agensi