Wan Rosdy Wan Ismail

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail belum membuat keputusan untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO kelak.

Ketika ditanya sama ada beliau berminat untuk bertanding kerusi Naib Presiden UMNO, Menteri Besar Pahang itu berkata, perkara tersebut belum difikirkannya.

“Setakat ini belum difikirkan lagi,” katanya selepas selesai mendengar Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempana Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia hari ini.

Sebelum ini, nama Wan Rosdy dikaitkan dengan poster #ResetUMNO yang disebarkan sempena PAU2022.

Poster tersebut menamakan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai calon Presiden UMNO diikuti Khairy Jamaluddin sebagai timbalannya.

Manakala Wan Rosdy yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang pula diletakkan sebagai calon Naib Presiden UMNO sebaris dengan bekas Menteri Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. – MalaysiaGazette