Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada persidangan "Masa Depan ASEAN' di Bangkok, Thailand.


BANGKOK – Negara-negara ASEAN perlu mempunyai kekuatan domestik serta serantau dan mereka tidak seharusnya bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan manfaat ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai contoh industri automotif menyaksikan Malaysia, Thailand dan yang menghasilkan kenderaan berikutan polisi perlindungan pada 1990an.

Tambah beliau, adalah lebih baik sekiranya setiap negara  memberi tumpuan pada penghasilan satu jenis kenderaan seperti Malaysia mungkin boleh menghasilkan kereta manakala Indonesia dan Thailand fokus pada bas dan lori.

Malah kata Perdana Menteri, negara-negara anggota pertubuhan itu perlu mempunyai zon penampan bagi berhadapan dengan sesuatu cabaran.

“Kepada mereka yang mempunyai pengalaman, ia memberi manfaat apabila terdapat tanda-tanda masalah, malah pada masa lalu, kita mempunyai sesi dan memberi amaran antara satu sama lain terhadap imbangan pembayaran.

“Isu seperti kejatuhan nilai mata wang, rakan-rakan dengan pantas perlu memberi amaran dan berhati-hati,” katanya ketika berucap pada persidangan ‘Masa Depan ASEAN’, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mencadangkan agar pengwujudan Dana Kewangan Asia (AMF) yang oleh Jepun pada 1997 bagi menangani krisis kewangan Asia dikaji semula supaya selaras dengan kerangka ASEAN+3

Katanya, negara-negara ASEAN akan dapat manfaat daripada AMF dan negara-negara lain tidak sepatutnya menjadi penentu terhadap sesuatu isu.

Menurut Anwar, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Australia mahu menyertai perkumpulan tersebut dan beliau menghormatinya pandangan tersebut.

Tambahnya, beliau masih optimistik terhadap masa depan ASEAN dan Myanmar perlu dipinggirkan ketika ini yang mana isu negara tersebut tidak sepatutnya menjadi penghalang.  – MalaysiaGazette