Dr. Teo Kok Seong

KUALA LUMPUR – Tidak salah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dua pelajar sekolah yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas sejarah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ini kerana pihak berkuasa itu telah menerima laporan cuma tindakan menahan dua pelajar berkenaan tidak kena dengan masanya.

Felo Majlis Profesor Negara, Dr Teo Kok Seong berkata, sewajarnya tindakan itu boleh dibuat selepas peperiksaan SPM selesai.

Pada pandangan beliau, tindakan tindakan PDRM itu sudah tentu menyebabkan pelajar berkenaan trauma sekali gus menjejaskan emosi dan semangat mereka untuk menduduki kertas peperiksaan seterusnya.

“Saya tidak nampak mengapa polis perlu gelojoh untuk menahan pelajar berkenaan. Wajah mereka sudah tular, sekolah mereka diketahui dan tindak-tanduk mereka tidak menggugat ketenteraman awam.

“Gangguan emosi yang mereka hadapi menjadi kegusaran saya. Kalau dalam bahasa sekarang, saya pasti mereka ‘koyak’,” katanya kepada MalaysiaGazette bagi mengulas tindakan Lawyers for Liberty (LFL) mengkritik penahanan dua pelajar itu.

Pengarah LFL, Zaid Malek dalam kenyataanya berkata, pihaknya terkejut pendekatan keras pihak berkuasa dan menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menjelaskan penggunaan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap pelajar sekolah.

”Remaja itu ditahan dalam serbuan polis di rumah mereka. Mereka ditangkap dan menjalani ujian dadah. Ini boleh menyebabkan trauma melampau kepada mereka dan keluarga. Dan semua ini berlaku disebabkan video rasa tidak puas hati dengan kertas peperiksaan sejarah.

”Jika ada pun ulasan tidak patut diucapkan, ia tidak semestinya mengkehendaki campur tangan polis. Sepatutnya, perkara itu diuruskan bersama pihak berkuasa sekolah dan ibu bapa,” ujarnya.

Manakala polis pula berkata, tindakan yang dibuat itu berlandaskan kepada undang-undang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Suffian Abdullah berkata, penahanan dua pelajar tersebut adalah untuk merakamkan keterangan dan menyemak fakta daripada pihak berkaitan termasuk isi kandungan telefon bimbit.

Dalam masa yang sama, katanya, tindakan berkenaan dibuat bagi mendapatkan laporan disiplin daripada sekolah.

Kok Seong berpendapat, kejadian itu pun tidak seharusnya dilaporkan pada polis kerana beranggapan ia boleh diselesaikan dengan pendekatan lebih berhemah di peringkat sekolah dan jabatan pendidikan terlebih dahulu.

Pada beliau, para pelajar itu sekadar meluahkan rasa kerana setiap individu ada cara untuk melepaskan perasaan dan mereka ini pula ‘terlebih rasa’ kerana darah muda dan masih pendek akal.

“Ditambah pula pada zaman sekarang, semua ‘rasa’ mahu dikongsikan bersama orang ramai. Itulah akibatnya. Benda sudah berlaku, cuma saya harap semua pihak termasuk para pelajar berkenaan ambil iktibar,” tambahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Penahanan 2 pelajar berlandaskan undang-undang – Ketua Polis Daerah Hulu Selangor

9 Komen

    • a ah, orang macam kau lah punca budak sekarang makin biadab sebab rasa dapat backup. Ajar budak budak ni rasa tanggungjawab dengan tindakan masing masing. dah masuk 18 tahun, dah boleh mengundi

  1. Ni masalah, segelintir cikgu sekarang tiada etika sebagai pendidik bangsa..
    sepatutnya dia ambil budak Tu buat kaunseling . Bukan ambil tindakan ikut emosi dia….
    Sudah ya menjadi Kan keadaan lebih teruk.

  2. elok je tahan.. budak skang adab xde.. tnjk hero.. cuma timing je la x kena.. bior abih spm dulu.. klu dh abih urine je.. asal skit nak viral..

  3. Salam, saya sokong tidak sepatutnya cikgu membuat laporan polis terhadap pelajar ia boleh mengakibatkan pelajar itu rasa down rendah diri hina seolah-olah satu kes besar yg melibatkan polis ,Cikgu sebagai guru satu martabat yg tinggi se patutnya berpandangan luas jauh mempunyai hati narunii mendidik ,dengan tindakan yang di panggil guru banyak keburukan,bila polis datang rumah tangkap murid ,malu sekeluarga ,macam2 peransangka orang terhadap anak itu natizen pikirlah sendiri,Adakah seseorang sebegitu di panggil sifu,guru

  4. Biasa ler .. sapa aje yg x pernah komen negatif mcm tu.. bdk sek biasalah kdg dgn kawan2 cakap lepas sb tension@bengang cuma x Rakam jer.Hal Kecil je pun sampai kes penahanan.. klu dia down gagal exam koranglh penyebabnya .

Comments are closed.