PUTRAJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membenarkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan walaupun beliau mungkin didakwa di mahkamah esok.
Ketua Penerangan parti itu, Datuk Razali Idris percaya pimpinan Bersatu dan Perikatan Nasional tidak akan bersetuju jika Muhyiddin ingin meletak jawatan.
“Tak munasabah untuk beliau letak jawatan. Kalau beliau nak letak jawatan pun kita tak setuju. Ini tuduhan politik,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ia susulan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Muhyiddin berhubung kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Pengerusi PN itu ketika ini masih disoal siasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam pada itu, difahamkan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh akan keluar daripada perkarangan ibu pejabat SPRM tidak lama lagi dan dijangka mengadakan satu sidang media. – MalaysiaGazette
Letak jawatan lah baru gentlemen takkan PN nak simpan penyamun tarbus. Kasi taroklah. Pulangkan balik duit rakyat yang kena sakau. Allah bayar cash. Bagi dia insap.
Kene batang idung sendiri cakap tuduhan politik… kalu org lain sebaliknya.. kalu berada di pihak yang benar buat apa ketar lutut.. hadap je la