Malik Streams bakal hantar 200 golongan tidak berkemampuan tunaikan umrah Oktober ini

KUALA LUMPUR – Malik Streams Corporation Sdn Bhd sekali lagi tampil menawarkan 200 tempat kepada golongan kurang berkemampuan untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci pada penghujung Oktober tahun ini.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, ini merupakan inisiatifnya secara peribadi bagi memastikan golongan tidak berkemampuan masih mampu ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Katanya, ini merupakan kali ketiga pihaknya menganjurkan program mengerjakan umrah bagi golongan tidak berkemampuan.

“Dengan izin Allah, kami akan membuat pemilihan dan menghantar mereka yang terpilih kesemuanya khasnya golongan tidak berkemampuan untuk menunaikan umrah pada Oktober ini.

“Peluang ini terbuka kepada ibu dan bapa tunggal serta mereka yang menerima bantuan daripada Baitulmal, fakir miskin dan yang pertama kali ingin ke Tanah Suci.

“Kita selalu banyak program CSR dan kebajikan sepanjang tahun tapi selalunya usaha ini kita gandakan ketika musim Ramadan, alhamdulilah Malik Streams berterusan menerima sokongan daripada semua, syarikat dan kedudukan kita juga semakin kukuh, pastinya kita guna peluang untuk pulang balik kepada rakyat,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer

Untuk makluman permohonan untuk tawaran ini dibuka bermula sekarang sehingga 31 Ogos 2023 manakala tarikh menunaikan umrah pula pada Oktober 2023.

Difahamkan pemohon tidak perlu hadir ke pejabat Malik Streams sebaliknya boleh memohon untuk pendaftaran dan maklumat lanjut melalui talian 011-132 45555 dengan tertakluk dengan terma dan syarat. – MalaysiaGazette