Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan yang tidak membenarkan pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah disebabkan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan bukan memilih jalan singkat semata-mata untuk meraih populariti sementara atau meninggalkan beban masalah kepada pimpinan lain pada masa hadapan untuk diselesaikan.

“Pagi tadi, beberapa Ahli Parlimen pembangkang protes keluar dewan bila Timbalan Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan usul pengeluaran bersasar KWSP dibahaskan hari ini.

“Ini sebab mereka tidak faham atau tidak ambil berat masa depan rakyat. Jadi, saya nak jelaskan sikit kenapa kerajaan tidak membenarkan KWSP dikeluarkan secara bersasar.

“Pertama, KWSP diwujudkan untuk pencarum mempunyai simpanan di hari tua. Ia juga mengehadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapat keuntungan yang lebih baik,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Menurut Rafizi, kesan kepada pencarum lain walaupun mereka tidak keluarkan wang KWSP adalah kerana pulangan secara keseluruhan akan menjadi rendah.

“Sekiranya pencarum mati sekalipun, simpanan dalam KWSP akan dapat kepada waris,” ujarnya.

Terdahulu, pembukaan sesi Dewan Rakyat pagi ini, kecoh selepas hampir semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar dewan.

Tindakan itu dibuat selepas Dewan Rakyat menolak usul dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membincangkan mengenai pengeluaran wang KWSP secara bersasar.

Wan Ahmad Fayshal berkata, usul yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, Jumaat lalu, ditolak atas alasan isu itu sudah dijelaskan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, sebelum ini.

Timbalan Yang Dipertua, Alice Lau Kiong berkata, keputusan mengenai perkara itu sudah dibuat Johari dan beliau tidak boleh mengetepikannya.

Keputusan Alice itu menyebabkan sebahagian Ahli Parlimen PN berdiri dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) mempersoalkan keputusan tersebut kerana sudah tiada masa lagi untuk usul itu dibincangkan pada sesi kali ini.

Bagaimanapun, Alice tetap tegas dengan keputusannya hingga menyebabkan Ahli Parlimen PN keluar dewan sebagai tanda protes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Welanon dah berformula ni kata kerajaan adalah bertanggungjawab KWSP tidak boleh digunakan tuan badan untuk kebaikan.
    nak DUIT cash pinjam bank boleh cagar KWSP tunai tu..
    kalau korang tak boleh bayar bunga bank dan duit KWSP korang lesap rakyat boleh duku kepala Welanon Welanon tu.
    puak-puak penyokong Welanon ni suka kot guna cash kecil dan bayar bunga besar… belum kira Bayaran dokumen dan perjanjian untuk membenarkan KWSP korang disebat kering kontang

Comments are closed.