Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Pelancaran Program Rights To The City: Kita untuk Kita (K2K) di Pangsapuri PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2023.

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Tan Sri Muhyiddin yany medakwanya cuai berhubung kenyataan mengenai tuntutan bertindih China di Laut China Selatan.

Sebaliknya Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak pernah bertolak ansur dengan isu terbabit dan hanya mengatakan sedia berbincang mengenainya bagi mengelakkan perbalahan antara dua negara.

“Masalah Tan Sri Muhyiddin, dia banyak masalah sekarang, dia tak baca kenyataan, apa kenyataan saya, kita akan terus dengan projek cari gali Petronas, noktah.

“Tak ada langsung saya sebut nak tolak ansur dan ini saya sampaikan kepada pemimpin-pemimpin negara China yang tidak dilakukan oleh beliau (Muhyiddin).

“Kalau bertindih, kita bincanglah, tapi tidak menghalang kita untuk menangguh projek, projek jalan, jadi apa percangahan yang kita kompromi.

“Tapi sekarang, negara China kata tidak, Kawasan ini bertindih, saya kata okay, kalau begitu boleh bincang, kalau tak nak bincang, nak perang?” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Khamis lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menyifatkan kenyataan Anwar berhubung tuntutan bertindih China di Laut China Selatan sebagai tidak bertanggungjawab selain menggadai maruah serta kedaulatan negara.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, kenyataan tersebut juga cuai dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri.

Sebelum ini, Anwar ketika sidang Dewan Rakyat memaklumkan, Petronas akan terus melaksanakan kerja-kerja cari gali minyak di kawasan sedia ada di Laut China Selatan, namun menjelaskan kerajaan masih terbuka untuk rundingan sekiranya China merasakan kawasan berkenaan adalah wilayah negara berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar turut membidas Muhyiddin yang membuat tuduhan melulu tanpa merujuk kepada kenyataan beliau dalam Parlimen mengenai soal tuntutan pertindihan kawasan itu.

“Ini masalah ketua pembangkang, dia tak dapat tumpu, tak hadir Parlimen, tak dengar pandangan kita, tak baca kenyataan dan ulasan.

“Ini kerana saya konsisten sebut cari gali oleh Petronas tetap diteruskan, ini adalah kawasan milik kita,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. saya ulang saya ulang ini ANWAR IBRAHIM cakap dn nak bagitau saya RAJA MUNAFIK….BOLEH DENGAR jangan PERCAYA cakap sya

  2. Sembang macam ayat pelajar sastera je …
    PMX PMX
    semua Kes bincang
    masa sekolah dulu pernah di lawakkan Kes Penyamun bincang….. ayat nya….
    Wang atau Nyawa?
    hahaha sorry yerk tergelak-gelak sket

Comments are closed.