KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengkaji semula mekanisme pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dicagarkan kepada pihak bank bagi mengelak pencarum terbeban dengan bayaran faedah.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan perlu memperkenalkan mekanisme lebih mudah bagi membantu pencarum yang benar-benar memerlukan tanpa melalui bank.
“Tak, saya fikir sebenarnya itu pandangan saya secara peribadi dari segi mekanisme untuk beri bantuan kepada orang yang memerlukan.
“Masalah cagaran atau tidak, hakikatnya kalau kita nak mencagarkan simpanan kita dalam KWSP, ia memerlukan banyak benda, kita nak tengok daripada segi perundangan.
“Bila kita cagar ini, kita kena bayar faedah,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Kampung Baru di sini hari ini.
Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.
Isnin lalu, KWSP dalam satu kenyataan mengumumkan pencarumnya yang berusia 40 tahun ke atas layak membuat pinjaman bank bermula 7 April ini dengan syarat mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2.
Sebanyak dua bank menyediakan kemudahan pinjaman itu iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank serta akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Johari berkata, kerajaan boleh mengenakan syarat tertentu kepada pencarum yang benar-benar terdesak untuk membuat pengeluaran bagi meneruskan kelangsungan hidup.
“Kalau tak ada sebab, semua orang nak ambil, itu yang berlaku dua tahun lepas bila kita berdepan dengan Covid-19, RM145 bilion telah keluar daripada tabung KWSP.
“Ini menyebabkan ramai orang yang tak perlu ambil duit, buat pengeluaran, akhirnya menjejaskan kedudukan masa depan untuk mereka yang menyimpan duit ini.
“Jadi untuk kali ini saya rasa, itu cadangan saya, mungkin mereka boleh memperincikan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Rakyat telah awal reramai beritahu, Pokcik dari Johor jalan kaki ke KL beritahu, banyak dah aq Komen supaya kerajaan mendahulukan rakyat bukan menyeksa rakyat.
Dewan Rakyat pun Pembangkang telah memberitahu tetapi Raja Formula Pizi tu kata rakyat tidak faham DASAR yang “BUNGA” itu akan memberi nilai tambah… ANWAR apalagi kembang dia berkepak… dan TIADA seorang pun dari ..NO ..NO memihak untuk rakyat malah menyokong BAHANA itu.
alhamdulillah sempena HARI YANG BAIK MENGHAMPIRI PRN 6 NEGERI maka ada juga dari ..NO cuba “berkata-kata” menasihati kerajaan seakan membela rakyat tetapi GARANG DIA di kedai kopi bukan bahas Parliament