Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

KUALA LUMPUR – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang ditawarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada lebih 37,000 pencarum dengan mengenakan terma dan syarat tidak ubah seperti kriteria peminjam pinjaman peribadi bank yang biasa.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, langkah itu dilihat tidak adil kepada individu yang bekerja sendiri dan tiada slip gaji kerana bank akan menolak permohonan pembiayaan kewangan itu.

“Kami rasa macam tak perlu kot (letak syarat bank) awak (KWSP) nak bagi….bagilah, tak nak bagi tak apa.

“Kita kena hentikan (FSA2) sebab pada saya terma dan syarat sama seperti permohonan itu biasa (pinjaman peribadi) di bank.

“Kalau mereka ini sudah bergaji, sudah tentu tiada masalah sebab ada slip gaji.

“Ia sudah jadi macam pinjaman peribadi yang dijamin (kerajaan), tapi bila akhir tempoh pembayaran, baru tolak wang jaminan KWSP,” katanya kepada MalaysiaGazette di pejabat UMNO Bahagian Bukit Bintang, di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

Isnin lalu, KWSP dalam satu kenyataan mengumumkan pencarumnya yang berusia 40 tahun ke atas layak membuat pinjaman bank bermula 7 April ini dengan syarat mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2.

Sebanyak dua bank menyediakan kemudahan pinjaman itu iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank.

Dalam pada itu, FSA2 dilihat tidak berlaku adil kepada individu tertentu yang kehilangan pekerjaan sebelum ini dan kemudiannya menceburi bidang perniagaan namun terjejas akibat kos sara hidup tinggi.

“Tujuan asal untuk pengeluaran KWSP ini adalah untuk membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19 dulu

“Ketika itu ramai hilang pekerjaan, pendapatan serta perniagaan berkurangan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan agar mengkaji semula mekanisme FSA2 agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kumpulan sasar.

“Kerajaan cuba kaji kenapa mereka ini nak sangat keluarkan duit ini (KWSP).

“Saya setuju pengeluaran bersasar, tapi mesti mereka ini betul-betul terkesan.

“Cadangan Perdana Menteri itu baik, niat dia baik, tapi harus dikaji semula dan perlu ditambah baik dan diperluaskan penerima sasaran sepatutnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. itulah realiti nya dan knyataan trsebut adalah tepat wlupun sy x stuju skrg utk mngatakan pmx niat baik,Wallahi sy mrupakan pndokong beliau dr zaman d pecat mata lebam hingga menitis air mata ketika beliau d pnjara kali ke2 d era najib(murid kencing berlari dr.m). Tapi,stlh smpi d tmpt yg puluh tahun d mahukan, sy tegas mngatakan beliau hnya lah teramat sdkit baik sahaja beda nya banding sblm nya. Mana mgkin PM x punya input tntang isu ini.yg punya gaji pkerjaan itu msh upaya ttp dgn kesulitan,yg tdk punya pkerjaan 40thun kw atas pula bgaimana..PM. gmn ini reformasi d buang jgn pidato hebat,tp rakyat yg sulit tramat sgt d lihat tnpa apa2 ingatan ihsan. Benar lah akhir zaman ini. dusta belaka penguasa zalim berleluasa. Ini yg d rs stlh d angkat ke putra jaya..seperti yg anda sering suarakan..”areyyy….poorraaahhhh”. semua pncacai sila kecan tp igt.. tekanan apa yg akan kau rs jk kalian pula d tmpt aq!!! kwsp d gn kan agar GLC dpt impak positif utk melabur..tu tujuan kwsp? timb.presiden parti mn mata sl beri hujah mu yg hbt x klh kj oxford..

    • siapa suruh pangkah PH..kan dah terkene..reformasi bagailah..hapak 1 benda baik pon takda,lagi menyusahkan rakyat adalah..pemimpin paling zalim pmx..tak memahami kesusahan rakyat,pentingkan diri sendiri

  2. bkn baju baru yg d impi..jk punya lebihan utk org tua & kluarga yg d berikan pd mereka. dgn sekadar ada yg minim titu lafaz janji tuntas d janji. kan, tp mn. ngkin itu yg utama sdgkan pndaparan tiada pbghasilan. jkm,zakat itu sumer bkn alasan wajar…apa anda tau d luar. bndar,, keji kata2 merendahkan maruah. pd kami yg tb2 jd pnganggur .urk borang saje sprti pngemis keparat a.j.k kg canangkan,bgaimana ank kecil d sek hadap. hal ini..depresikah yg aq nk berikan..aq xde mslh jj sorg..masyrkat skrg. mng ade pnyakit yg x mreka sedari,tp utk kluarga trasa x bguna jk itu yg aq bebankan.. wahai kerajaan & pimpinan d saluti nikmat empuk lg. alas bdn kalian..itu wang kami yg ssh ini,yg trdesak ini,yg mkn minum seadanye bkn bln mlh msk thun.aq z beli baju kasut melainkan selipar murah saje,bjln mkn angin demi Allah btahun x rsa,kreta dh xde, motor je yg nmpu lg dgn rosak sdkit bbn bsr utk d cr..ini nasib rakyat d bawah..pmx tahu atau x?!!!! politik mng mnjijikkan,tiada lg ahli parti biru merah itu mahu pun yg lain..skrg aq bbr phm jgn punya hrpn pd parti politik demokrasi palsu..sistem dajjal hnya utk sesatkan umat…pmx bank punya riba sape nk jwb..itu lah jln murka Allah. yg anda cdgkan ?? rafizi dll pnghebat bucara jg aksi..moga Allah swt beikan jln lurus d pimpin oleh yg d redhai Nya peesis hadis dr junjungan kami umat muslim yg d tiindas tnpa pemimpin utama sbgi pndukung. Ya.Allah selamatkan kami yg d lecehkan Ya Rab.Amin AlllahuAkbar!!

  3. tdk smua org boleh dpt keluar duit KWSP dri bank pinjaman itu..ini slh satu nye lg bertambah beban kn rakyat sebenarnya..sy mohon jasa baik kerajaan permudahkan rakyat utk keluar kn duit mereka dri KWSP itu..sebab nye tiada rakyat menyokong pm tiada pm berada diatas sekarang ini..jdi bantu lh rakyat jgn lh beban kn rakyat lg.. sekarang ini barang semua nye mhl.. sanggup kah kerajaan tengok rakyat dlm kesusahan selama² nye..dan jgn lh psal politik kerajaan rakyat yg jd sengsara hidup..muka lh mata dan padangan kepada rakyat..sy hrap pihak kerajaan permudahkan urusan rakyat utk keluar kn duit kwsp mereka..

  4. Kerajaan yg xprihatin masalah rakyat.sepatutnya xperlu syarat Dan terms sbb yg nk Kan pengeluaran KWSP ni semua yg terkesan dgn tiada perkerjaan..rumah nak dilelong.atau dihalau keluar yg mayewa…kereta nk ditarik ditambah lagi Nama Di bank Ada yg ccris ,ctos,AKPK , blacklist Dan muflis..rakyat yg mcm ni la patut diberikan keutamaan utk pengeluaran kwsp..mana lg yg mereka boleh harapkan..kecuali duit kwsp mereka..harap kerajaan buka Mata..

  5. Mohon kaji semula pengeluaran KWSP tu..pastikan ia bersasar mengikut keperluan & kehendak rakyat.Jika tidak,turunkan harga Barang Asasi Makanan,Harga minyak petrol & Struktur semula pendapatan gaji rakyat..Jika Kerajaan tidak boleh buat semua jangan buang semua..turunkan sedikit pun Rakyat dh selesa..moga ada kebaikan bersama Innshaallah

  6. FSA2 ini sepertinya untuk orang2 yang sedang bekerja dan mempunyai pendapatan yang konsisten setiap bulan. Bagaimana kami yang yang tiada pendapatan yang tetap dan banyak tidak layak FSA2 ini.Jadi pihak kerajaan dan PMX DSAI harus memperhalusi terma dan syarat bank tersebut..jangan FSA2 ini hanya untuk golongan M20 dan T20 saja yang telan.

Comments are closed.