Majlis sumbangan sempena bulan Ramadan oleh Malik Streams.

KUALA LUMPUR – Syarikat korporat, Malik Streams Sdn Bhd yang dipelopori oleh Datuk Abdul Malik Dasthigeer telah menyumbang  lebih RM500,000 sepanjang Ramadan tahun ini.

Malah menurut Abdul Malik, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, syarikatnya sentiasa tampil melakukan kerja tanggungjawab sosial (CSR) namun ianya istimewa apabila menjelangnya Ramadan.

Bantuan yang diberikan olehnya telah dimanfaatkan oleh pelbagai golongan daripada kumpulan anak-anak yatim, warga asing, asnaf, warga OKU, Orang Asli serta golongan tidak berkemampuan.

“Kita buat amal jariah ini bukan ikut kawasan di Lembah Klang sahaja sebaliknya seluruh negara. Saya sendiri sempena Ramadan tiap minggu turun setiap negeri dan sampaikan sendiri bantuan zakat kami kepada golongan memerlukan.

“Saya tidak ada jumlah sebenar yang berjaya manfaatkan sumbangan ini tapi pasti lebih daripada 5,000 orang secara keseluruhannya. Apa yang kami lakukan ini adalah memastikan tidak ada yang tertinggal, kita akan dapatkan maklumat daripada agensi kerajaan, rumah kebajikan dan orang perseorangan.

“Pelbagai bentuk sumbangan dan keperluan yang kita sumbang, tidak kira barangan keperluan asas, pakaian raya, wang ringgit dan juga keperluan-keperluan lain. Alhamdulilah, kita capai sasaran dan ini hari-hari terakhir kita berpuasa, program penyampaian bantuan masih berjalan,” ujarnya.

Kata pemilik MS Gold itu juga, pihaknya banyak mengadakan program-program berbuka puasa dan khatam al Quran bagi pengisian bulan mulia ini.

Dalam pada itu, Abdul Malik yang bakal menaja 200 tempat kepada golongan kurang berkemampuan untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci pada penghujung Oktober tahun ini juga mendapat permintaan tinggi daripada yang pihaknya sasarkan.

“Setakat ini, kita sudah terima lebih 800 borang penyertaan untuk tajaan umrah, kita akan buat proses pemilihan sekitar Ogos ini bagi menghantar 200 jemaah umrah yang benar-benar kurang berkemampuan dan layak mengikut syarat kita.

“Insya-Allah kita akan hantar umrah sekitar Oktober ini. Pada saya, nikmat yang telah diberikan oleh Allah ini ingin saya kongsikan kepada yang lain. Tajaan umrah bukan baharu sebaliknya Malik Streams sudah bertahun melakukan amal jariah dari angka kecil kepada mencecah ratusan jemaah,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast