kenderaan vios dipndu melulu merempuh pembahagi jalan Lebuhraya Persekutuan dalam kejadian pada pagi Selasa. Ihsan IPD PJ

KUALA LUMPUR – Polis hari ini memburu individu yang dipandu secara melulu sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 19 Lebuhraya Persekutuan, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian tersebut tular di laman media sosial.

“Siasatan polis mendapati kenderaan jenis Toyota Vios tersebut dipandu dengan laju sebelum hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di lokasi kejadian.

“Susulan kejadian itu, polis sedang giat mengesan pemandu kenderaan berkenaan untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, polis melakukan siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian kemalangan itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Petaling Jaya Inspektor M.Sivam di talian 0173290749 atau 0379662222,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast