Gambar file: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di Turkiye Presidential Complex, Bestepe, untuk bertemu dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Ankara, Turkiye, 15 Februari 2023. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Selain berbalas ucapan sambutan Aidilfitri kedua-dua pemimpin itu berbincang mengenai beberapa perkara termasuk pengukuhan hubungan Malaysia-Turkiye.

“Saya juga mengambil maklum Turkiye kini sedang dalam proses persediaan untuk menghadapi pilihanraya tidak lama lagi.

“Dan saya menegaskan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Republik Turkiye dan memperkukuh hubungan antara kedua negara sahabat,” kata Anwar dalam kenyataan ringkas di media sosial.

Sementara itu dalam perbualan singkat menerusi rakaman video yang dikongsi, Anwar memberitahu Presiden Turkiye itu Malaysia telah mengambil beberapa langkah lanjut dalam mengukuhkan hubungan.

Ini termasuk telah menghantar Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan ke sana.

Anwar dan Erdogan turut menyentuh mengenai perkembangan krisis politik di Tunisia dan Sudan.

“Ya Sudan, kami sedang berusaha mengeluarkan rakyat Malaysia di sana,” kata Anwar.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast