Ayob Khan

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang baharu, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan ketegasannya apabila memberi dua minggu kepada ibu pejabat kontinjen negeri untuk membersihkan pusat judi haram.

Selain itu, setiap pegawai siasatan juga diarahkan untuk membuka tiga kes siasatan serta mengurangkan tunggakan kes.

Kegagalan pegawai siasatan mengambil langkah tersebut akan mengundang tindakan daripada atasan.

China Press melaporkan, dalam satu mesyuarat dalaman, Ayob Khan menegaskan beliau sangat mementingkan budaya saling menghormati dan pelaksanaan tugas secara bertanggungjawab.

Beliau juga menasihatkan pegawai untuk menjauhi amalan rasuah yang boleh merosakkan imej polis.

“Ayob mengarahkan pegawai siasatan kanan untuk membuka sekurang-kurangnya tiga kes siasatan setiap bulan.

“Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan ketua unit dan pegawai siasatan dikenakan tindakan,” kata sumber.

Ayob Khan pada masa yang sama dilaporkan akan menumpukan perhatian kepada kes di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Saya terima dah tiada razaki saya atas dunia ini terima kasih

  2. sy sgt respect Ayub Khan sejak jd Ketua Polis Johir lg.
    Penuh integriti dlm setiap tindakan.
    lps pusat judi haram,banteras pulak semua kedai rohingya dn bangala.tak kira di mna.tangkap Pemilik kedai dn Penyewa.jailed.

    2 etnik PATI paling bangsat.bangsa binatang.

  3. Bebas rakyat dari pengaruh judi….ramai yang susah kerana judi…yang kaya tauke judi.

  4. Mohon PDRM Hapuskan juga judi online yang secara rambang suka share link ajak berjudi!

  5. sokong Dato Ayub Khan ..Paling utama Rasuah ,jika rasuah dihapuskan maka perjudian atau maksiat dapat dihapuskan.Jika ada kaki sakau duit rakyat dengan mengurung rakyat sedangkan mereka2 bebas sakau patut diambil tindakan tegas.
    Penunggang Agama dalam politik demi mahu kuasa pumn patut dihapuskan

Comments are closed.