KUALA LUMPUR – Presiden Kesatuan Guru-Guru Besar Kebangsaan Malaysia, Chuah Soo Cheng meminta ibu bapa supaya tidak lambat untuk menjemput anak di sekolah bagi mengelak mereka berjemur dalam cuaca panas.
Soo Cheng pada masa yang sama berpendapat sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor pada masa ini mungkin tidak akan menggalakkan murid memakai baju sukan ke sekolah.
Katanya, cuaca panas di Lembah Klang masih terkawal terutamanya kerana selalu berlaku hujan lebat pada petang.
“Jika sekolah itu terletak di tempat yang sangat panas dan tidak hujan secara lama, maka pemakaian baju sukan adalah langkah yang baik.
“Pihak sekolah juga akan mengikuti cadangan daripada Kementerian Pendidikan,” katanya kepada China Press.
Mengulas lanjut, Soo Cheng berkata, sekolah pimpinannya di Selangor tidak berlaku keadaan murid memohon cuti secara beramai-ramai kerana faktor cuaca panas.
“Hanya sedikit murid yang memohon cuti sakit kerana cuaca panas,” katanya.- MalaysiaGazette
Cuaca panas lebih baik belajar di 63 sekolah swasta Cina berhawa dingin susulan setiap sekolahnya dapat 250k peruntukan daripada $15 juta.