Foto Instagram Sharnaaz Ahmad.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Sharnaaz Ahmad sanggup menduda hingga ke hujung usia dan menghabiskan sisa kehidupan di rumah jagaan orang tua sekiranya tidak bertemu jodoh sekali lagi.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memberitahu, dia sudah mula menabung untuk hidup sendiri tanpa pasangan bernama isteri apabila sudah tua nanti.

Namun pelakon filem Juvana itu juga tidak menolak sekiranya ditemukan jodoh dengan mana-mana wanita namun tegasnya, bakal isteri mestilah bukan dalam kalangan artis atau selebriti.

“Sebab hantaran status saya saya nak cari pasangan bukan dalam kalangan artis, rata-rata orang sudah salah anggap.

“Saya tak mencari tapi kalau Allah dah tentukan saya akan ada bini, saya terima, Jebat (anak) ada mummy baharu. Yang pasti, bukan pelakon!

“Kalau tiada juga (jodoh), saya bersedia ‘tabung’ rumah orang tua-tua mewah punya- pakai jaket bulu merah sambil hisap ‘cigar’ dan tengok hujan rintik ikut tingkap.

“Ada juga kawan-kawan boleh main dam aji tak pun, snuker ‘lucky ball’,” tulisnya menerusi satu muat naik status dalam Instastory.

Terdahulu, Sharnaaz, 38, mengakui sudah mempunyai kekasih namun malu atau belum bersedia untuk bercerita mengenai soal peribadi secara terbuka.

Katanya, usianya kian meningkat dan dia bimbang sekiranya hubungan tidak berakhir dengan baik.

Sharnaaz pernah berkahwin dengan kakak Neelofa yang juga seorang ahli perniagaan, Noor Nabila Mohd. Noor pada 31 Mac 2017.

Bagaimanapun, jodoh antara mereka tidak panjang apabila bercerai pada 9 Julai 2020.

Tiga tahun berkongsi hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast