Sebanyak 20,000 helai baju dengan nilai RM1.2 juta melalui platform website Sabella.

KUALA LUMPUR – Jenama pakaian terkenal, Sabella menghadiahkan baju kurung kepada guru di seluruh negara mencecah RM1.2 juta sempena sambutan Hari Guru yang hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd. Sufian Sulaiman berkata, pihaknya memberikan 20,000 helai baju kurung menerusi kempen #SabellaSrikandi bagi menghargai jasa guru.

“Kempen ini dibuat memang untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru di seluruh negara. Jadi, bersempena sambutan Hari Guru tahun ini, Sabella melancarkan kempen #SabellaSrikandi .

Bagi kami, guru juga adalah wira yang perlu dikenang jasa mereka dan Alhamdulillah, menerusi kempen ini kami berjaya mengedarkan 20,000 helai baju dengan nilai RM1.2 juta melalui platform website Sabella dan kami juga telah menerjah  lebih 15 sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur hari ini.

“Kempen yang dijayakan ini juga sebagai tanda penghargaan kami kepada guru yang mana ramai antara mereka pelanggan setia kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Izzue Islam turut serta bagi membuat penyerahan hadiah baju kurung serta meluangkan masa beramah mesra bersama guru di sekolah terlibat.

Mohd. Sufian menambah, hadiah yang diberikan itu diharap dapat menggembirakan mereka selain merancang untuk meneruskan tradisi sama pada kempen lain.

“Mungkin hadiah ini tidak sebarapa jika nak dibandingkan dengan jasa mereka mendidik anak bangsa kita dan cuma apa diharapkan hadiah baju kurung Sabella dapat menceriakan lagi hari mereka.

“Jelas terpancar kegembiraan pada wajah mereka ketika kami turun padang menyampaikan hadiah ini. Insya-Allah, kempen sebegini akan diteruskan dan doakan kami supaya sentiasa berikan rezeki agar dapat menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Pada sesi itu, selebriti terkenal, Izzue Islam turut serta bagi membuat penyerahan hadiah baju kurung serta meluangkan masa beramah mesra bersama guru di sekolah terlibat. – MalaysiaGazette

Sabella telah mengedar baju kurung di lebih 15 sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast