KUALA LUMPUR – Penampilan penyanyi yang juga juri tetap program Big Stage 2023, Aina Abdul terus mencuri perhatian peminat dengan fesyen uniknya yang di luar kotak.
Bagaimanapun, penyanyi ini kalis kecaman netizen selepas minggu sebelum ini dia memakai turban serta busana berwana neon hijau yang menghalang pandangan penonton di minggu kedua.
Semalam, Aina, 29, tampil pula dengan kelainan apabila menggayakan busana kain tebal seperti toto dengan warna-warni yang mendapat jeritan penonton ketika dia memasuki dewan.
Menerusi video tular yang memaparkan suasana ketika di dalam dewan, kelihatan penonton memberikan pelbagai reaksi mereka kepada Aina.
Malah ada yang berseloroh meminta penyanyi lagu Sumpah itu memulangkan toto mereka.
Di media sosial, ada yang mengusik apabila malam semalam mereka tidur tanpa berselimutkan toto kerana dipinjam Aina. – MalaysiaGazette