Pesawat Simorgh.

TEHRAN – Pesawat Simorgh buatan Iran melakukan penerbangan sulung kelmarin, setahun selepas pihak berkuasa negara itu mendedahkan kewujudannya.

Pesawat itu direka dan dihasilkan oleh Iran Aviation Industries Organization, anak syarikat milik Kementerian Pertahanan Iran.

Pihak berkuasa Iran berkata, pembangunan pesawat tersebut bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pertahanan negara tersebut.

Menurut agensi berita IRNA, pesawat pengangkut yang tangkas, ringan dan pantas itu berkeupayaan membawa kargo yang banyak.

Ciri-cirinya bersesuaian dengan keadaan cuaca Iran yang membuatkannya sesuai dengan perkhidmatan kritikal seperti penerbangan perkhidmatan kesihatan.

Menurut IRNA, pesawat Simorgh akan memperkukuhkan keupayaan tentera darat dan laut Iran untuk menghantar tentera dan peralatan antara pangkalan di negara tersebut. – Agensi