Jor Biden dibantu untuk bangun semula selepas tersadung sebaik sahaja selesai menyampaikan diploma pada majlis graduasi untuk Akademi Tentera Udara AS di Colarado. foto Twitter

WASHINGTON – Presiden Joe Biden dilaporkan dalam keadaan baik selepas tersandung dan terjatuh pada satu acara di Colorado.

Beliau Dia tersandung semasa menyerahkan diploma pada majlis graduasi untuk Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Biden, yang berusia 80 tahun, telah dibantu untuk berdiri semula dan kelihatan tidak cedera.

“Saya terjatuh atas beg pasir!,” gurau presiden kepada pemberita ketika tiba semula di White House pada petang Khamis.

Beliau telah berdiri selama kira-kira satu setengah jam untuk bersalaman dengan 921 kadet orang yang tamat pengajian.

Rakaman menunjukkanBiden kelihatan menunjuk ke arah salah satu daripada dua beg pasir yang digunakan untuk menyokong teleprompternya ketika beliau dibantu oleh seorang pegawai tentera udara dan dua anggota perkhidmatan rahsia.

Biden dilihat berjalan kembali ke tempat duduknya tanpa bantuan.

“Terdapat beg pasir di atas pentas semasa dia berjabat tangan. Keadaannya baik,” Pengarah Komunikasi White House, Ben LaBolt menerusi Twitter.

Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre berkata, Biden telah menaiki pesawat dengan “senyuman lebar”, walaupun seorang wartawan menyatakan presiden tidak menjawab soalan sebelum penerbangan. – Agensi