Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas Mempengerusikan Mesyuarat Tertutup Rundingan Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu di Pandan Cheras, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 06 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi.

“Hari ini dia (Muhyiddin) tidak dapat hadir tapi dia sokong penuh Proklamasi Orang Melayu tapi saya akan adakan pertemuan dengan Muhyiddin di satu masa (akan datang),” katanya dalam sidang media khas Mesyuarat Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, hari ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali dan bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin serta Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa hadir dalam sidang media ini.

Mahathir sebelum ini berkata,  beliau sedia untuk kembali bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Ditanya sama ada kerjasama kembali antara kedua-dua pihak ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Mahathir berkata, perkara itu akan dibincangkan semasa pertemuan nanti.

“Itu kita akan bincang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas sebagai parti dalam PN bertindak menyokong usaha Mahathir dalam menggerakkan Proklamasi Orang Melayu.

“Kita sudah buat keputusan PN untuk sokong Proklamasi Orang Melayu,” katanya dalam sidang media sama.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Mahathir sekiranya mempunyai matlamat yang sama. – MalaysiaGazette

Tidak ada masalah Pas kerjasama dengan Mahathir, kata Takiyuddin

2 Komen

  1. Harap PN berhati2 dengan penyertaan Tun kali ni. Boleh ambil sbg penasihat ekonomi tp jangan letak sbg ketua. Sebab jika ada saja benda tak sesuai dengan pendapat beliau, kerap kali Tun keluar parti dan tubuh parti baharu. Sudah lah membawa keluar ahli parti bersama, berpecah lagi parti Melayu dan ini akhirnya akan bagi imej tak baik kepadan PN yg ditunjangi kesetiaan ahli2 Pas. Perpecahan dalam PN akan beri gambaran yg sangat tidak baik kepada pengundi atas pagar yg ramai sekarang ini.

  2. Zaman dh berlalu. Signal ditolak pru15 pun dh ada. Berehat lah selagi ada peluang utk berehat. Itu yg lebih baik bt masa ini. Ambil peluang ni.

Comments are closed.